welcome to YOUR friends page..

Setiap manusia ada seorang sahabat yang sentiasa berada disisi kita tak kira masa.pada masa susah atau pun senang.DIA yg terulung dan yg terbaik kita punya dan sentiasa membimbing kita ke jalan yg benar.DIA lah tuhan kita dan sahabat kita satu2nya dunia dan akhirat.DIA menyayangi kita lebih dar sahabat-sahabat kita yg lain.DIA lah satu2nya yg mencintai kita setulus hatinya. ALLAH, sahabat ku, sahabat mu.

Friday, January 14, 2011

perhubungan islam.

Perhubungan boleh membawa kepada banyak maksud dan hala tuju masing-masing. Hubungan boleh dilakukan dengan sesiapa saja dan dimana saja. Perhubungan antara keluarga, suami isteri, rakan sekerja, teman sebilik, rakan kelas, bahkan dengan komuniti kita sendiri. Namun di dalam banyak perhubungan, ada satu perhubungan komunikasi yang indah di antara kita semua sebagai umat islam dan umat Nabi Adam. Perhubungan kita sesama islam adalah lebih kuat dari segala perhubungan. Hubungan sesama kaum adam dan hawa. Dan perhubungan yang paling terindah dan sampai bila-bila adalah perhubungan kita sebagai umatnya kepada pencipta, Allah S.W.T.



firman Allah swt dalam surah An-nisa'; ayat 1 :

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada tuhan-mu telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Alahh memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada allah yang dengan mempergunakan nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu"

Ayat tadi ditujukan kepada manusia sejagat, tidak kira agama. Ia menjelaskan bahawa manusia berasal dari satu iaitu Nabi Adam as. Manusia juga perlu saling bantu-membantu. allah menegaskan betapa penting perhubungan dipelihara agar manusia hidup aman dan makmur.
Islam menempatkan komunikasi sebagai teras yang menenguhkan masyarakat. teras itu dipanggil 'siraturrahim' dan ini terpapar dalam

fiman-Nya dalam surah Ali Imran, ayat 103 :


"Maka berpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah."

Cuba kita imbas kembali sirah Rasulullah saw,. Setelah berhijrah ke Madinah, baginda telah mempersaudarakan para penghijrah atau kaum Muhajirin dari Makkah dengan kaum Ansar atau pembela dari Madinah. Terdahulu, kaum Ansar terdiri daripada dua puak yang senantiasa bercakaran, iaitu ‘Aus dan Khazraj. Namun mereka meninggalkan permusuhan demi Islam. Kebanyakan kaum Muhajirin yang tiba di Madinah itu sehelai sepinggang saja. Nabi saw mengumpulkan kaum Muhajirin dan Ansar agar mereka berdialog, bersolat jemaah, berbuat kebajikan dan pembangunan kota seperti mendirikan masjid serta membela Madinah daripada serangan kafir. Orang Ansar begitu sayangkan saudara Muhajirnya. Ada orang Ansar yang menyedekahkan harta kepada Muhajir. bahkan sanggup menceraikan isteri kedua meraka agar dikahwini oleh orang Muhajir. Namun Rasulullah saw telah menegah perbuatan melampau.

Jelas daripada contoh sejarah tadi, bahawa komunikasi sama ada dialog, kerjasama dan seumpamanya hendaklah berpada-pada demi mendapat keredhaan Allah swt. Tujuannya ialah untuk mengetahui isi hati masing-masing, mencari kesepakatan dalam suasana saling hormat-menghormati demi menbina kesejahteraan ummah.

Sekarang ini, sedrlah kita bahawa komunikasi antara kita umat-Nya dalam islam adalah penting. Biarpun kita hanya sementara dalam dunia ini kita haruslah mencuba untuk mendirikan satu ukhwah dan ikatan yang kuat dan teguh sesama kita demi agama tercinta kita dan agama terunggul kita,ISLAM.

Renung-renungkan lah wahai sahabat-sahabat ku. DIAsahabatmu,rakanKU..

1 comment: