welcome to YOUR friends page..

Setiap manusia ada seorang sahabat yang sentiasa berada disisi kita tak kira masa.pada masa susah atau pun senang.DIA yg terulung dan yg terbaik kita punya dan sentiasa membimbing kita ke jalan yg benar.DIA lah tuhan kita dan sahabat kita satu2nya dunia dan akhirat.DIA menyayangi kita lebih dar sahabat-sahabat kita yg lain.DIA lah satu2nya yg mencintai kita setulus hatinya. ALLAH, sahabat ku, sahabat mu.

Wednesday, January 19, 2011

Tujuh macam pahala

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.


1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

syurga tempat mu.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu:

1. Pemimpin yang adil.
2. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
3. Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
4. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak ... saya takut kepada Allah.”
6. Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
7. Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.

biawak halal dimakan ?




Dhab adalah sejenis biawak padang pasir. Ia HALAL dimakan.

عَنْ ابْنِ عَبّاسٍ أَنّ رَسُولَ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ سُئِلَ عَنْهُ لَمّا قُدّمَ إلَيْهِ وَامْتَنَعَ مِنْ أَكْلِهِ أَحَرَامٌ هُوَ ؟ فَقَالَ لاَ, وَلَكِنْ لَمْ يَكُنْ قَوْمِي فَأَجِدُنِي أَعَافُهُ

Dari Ibnu Abbas RA bahawa rasulullah SAW telah ditanya tentang dhab, ketika dihidang kapadanya dia tidak memakannya. Apakah ia HARAM ? . Jawab beliau : Tidak. Tetapi tiada Dhab di kawasan kaumku, maka aku merasa jijik”- Hadis riwayat Bukhari.


وَفِي " الصّحِيحَيْنِ " : مِنْ حَدِيثِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُمَا عَنْهُ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ أَنّهُ قَالَ لَا أُحِلّهُ وَلَا أُحَرّمُهُ وَهُوَ حَارّ يَابِسٌ يُقَوّي شَهْوَةَ الْجِمَاعِ وَإِذَا دُقّ وَوُضِعَ عَلَى مَوْضِعِ الشّوْكَةِ اجْتَذَبَهَا .


Dhab adalah panas dan kering. Khasiatnya ialah menambah kekuatan syahwat. Minyaknya mujarab utk sakit atau kembung perut.

-wallahu'alam-

Monday, January 17, 2011

sumber kepada komunikasi.

Dalam perbincangan kita yang lepas, kita ketahui bahawa komunikasi ini bercanggah kepada setiap aspek dan perkara. Namun, sahabatku, apakah anda tahu bahawa komunikasi islam bersumber kan dari apa dan mana sebenarnya ? ya, memang ianya bermula dari diri kita sendiri dan sekeliling kita. Tetapi, dalam islam; apakah sumber yang sebenar-benarnya sahih untuk kita ketahui.

Komunikasi merupakan proses pemindahan, penyampaian, penyeruan dan perkongsian idea, pendapat, ajaran agama terhadap sesorang untuk melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar. Di siani, dapat lah kita lihat bahawa komunikasi islam merupakan komunikasi yang berasaskan bimbingan wahyu dan sunnah Rasulullah S.A.W. secara ringkasnya :

1. Al-Quran sebagai ajaran komunikasi.
2. As-Sunnah sebagai amali atau praktikal atau model operasi.
3. Ulamak-ulamak merupakan penerus pengembangan model komunikasi Rasulullah SAW dan Al- Quran dari masa ke semasa melalui proses ijtihad dan prinsip dalil qat'i.

Wahai sahabat-sahabatku, ketahui lah bahawa komunikasi islam merupakan komunikasi bersifat universal yang meliputi seluruh aspek kehidupan sepanjang hayat umat islam. Renung-renungkan lah sahabatku, rakanku..

Friday, January 14, 2011

perhubungan islam.

Perhubungan boleh membawa kepada banyak maksud dan hala tuju masing-masing. Hubungan boleh dilakukan dengan sesiapa saja dan dimana saja. Perhubungan antara keluarga, suami isteri, rakan sekerja, teman sebilik, rakan kelas, bahkan dengan komuniti kita sendiri. Namun di dalam banyak perhubungan, ada satu perhubungan komunikasi yang indah di antara kita semua sebagai umat islam dan umat Nabi Adam. Perhubungan kita sesama islam adalah lebih kuat dari segala perhubungan. Hubungan sesama kaum adam dan hawa. Dan perhubungan yang paling terindah dan sampai bila-bila adalah perhubungan kita sebagai umatnya kepada pencipta, Allah S.W.T.



firman Allah swt dalam surah An-nisa'; ayat 1 :

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada tuhan-mu telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Alahh memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada allah yang dengan mempergunakan nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu"

Ayat tadi ditujukan kepada manusia sejagat, tidak kira agama. Ia menjelaskan bahawa manusia berasal dari satu iaitu Nabi Adam as. Manusia juga perlu saling bantu-membantu. allah menegaskan betapa penting perhubungan dipelihara agar manusia hidup aman dan makmur.
Islam menempatkan komunikasi sebagai teras yang menenguhkan masyarakat. teras itu dipanggil 'siraturrahim' dan ini terpapar dalam

fiman-Nya dalam surah Ali Imran, ayat 103 :


"Maka berpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah."

Cuba kita imbas kembali sirah Rasulullah saw,. Setelah berhijrah ke Madinah, baginda telah mempersaudarakan para penghijrah atau kaum Muhajirin dari Makkah dengan kaum Ansar atau pembela dari Madinah. Terdahulu, kaum Ansar terdiri daripada dua puak yang senantiasa bercakaran, iaitu ‘Aus dan Khazraj. Namun mereka meninggalkan permusuhan demi Islam. Kebanyakan kaum Muhajirin yang tiba di Madinah itu sehelai sepinggang saja. Nabi saw mengumpulkan kaum Muhajirin dan Ansar agar mereka berdialog, bersolat jemaah, berbuat kebajikan dan pembangunan kota seperti mendirikan masjid serta membela Madinah daripada serangan kafir. Orang Ansar begitu sayangkan saudara Muhajirnya. Ada orang Ansar yang menyedekahkan harta kepada Muhajir. bahkan sanggup menceraikan isteri kedua meraka agar dikahwini oleh orang Muhajir. Namun Rasulullah saw telah menegah perbuatan melampau.

Jelas daripada contoh sejarah tadi, bahawa komunikasi sama ada dialog, kerjasama dan seumpamanya hendaklah berpada-pada demi mendapat keredhaan Allah swt. Tujuannya ialah untuk mengetahui isi hati masing-masing, mencari kesepakatan dalam suasana saling hormat-menghormati demi menbina kesejahteraan ummah.

Sekarang ini, sedrlah kita bahawa komunikasi antara kita umat-Nya dalam islam adalah penting. Biarpun kita hanya sementara dalam dunia ini kita haruslah mencuba untuk mendirikan satu ukhwah dan ikatan yang kuat dan teguh sesama kita demi agama tercinta kita dan agama terunggul kita,ISLAM.

Renung-renungkan lah wahai sahabat-sahabat ku. DIAsahabatmu,rakanKU..

Tuesday, January 11, 2011

hidupmu TERINDAH.


assalamualikum pembuka bicara sahabatmu, rakanku.

hidup di dunia ini hanya lah sekali dan kita diberi peluang beberapa kali untuk mencorakkan cara hidup kita. Dunia dipenuhi dengan pelbagai ragam dan manusia kisah dan teladan yang boleh dijadikan contoh. seperti yg dijanji kan oleh ALLAH S.W.T, syurga lah tempat mu jika kamu bersama ku dan neraka la rumah mu jika kamu mengingkari ku. namun fitrah manusia, sentiasa lupa dan alpa dengan duniawi hingga melupakan yg wajib dan mementingkan yg harus.. namun DIA sentiasa sabar menanti kita untuk menadahkan tangan bertemu denganNYA dan mengingati dia dan para malaikat nya. kita sering memberikan alasan kita sibuk namun tahukan kita bahawa rasul lah yang paling sibuk kerana ingin memastikan bahawa syurga adalah untuk kita tetapi apakah kita sedar akan itu ?
Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t .
renung-renungkan lah wahai sahabatku bahawa sesungguhnya DIA menyanyangi kita dan memberikan kita banyak peluang untuk kembali kepadanya. sesungguhnya kita hidup dan mati hanya sekali didunia ini dan tak dapat menundurkan semuanya jika kita telah terlambat. waulalhualam. sahabatmu, rakanku.