
assalamualikum pembuka bicara sahabatmu, rakanku.
hidup di dunia ini hanya lah sekali dan kita diberi peluang beberapa kali untuk mencorakkan cara hidup kita. Dunia dipenuhi dengan pelbagai ragam dan manusia kisah dan teladan yang boleh dijadikan contoh. seperti yg dijanji kan oleh ALLAH S.W.T, syurga lah tempat mu jika kamu bersama ku dan neraka la rumah mu jika kamu mengingkari ku. namun fitrah manusia, sentiasa lupa dan alpa dengan duniawi hingga melupakan yg wajib dan mementingkan yg harus.. namun DIA sentiasa sabar menanti kita untuk menadahkan tangan bertemu denganNYA dan mengingati dia dan para malaikat nya. kita sering memberikan alasan kita sibuk namun tahukan kita bahawa rasul lah yang paling sibuk kerana ingin memastikan bahawa syurga adalah untuk kita tetapi apakah kita sedar akan itu ?Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t . renung-renungkan lah wahai sahabatku bahawa sesungguhnya DIA menyanyangi kita dan memberikan kita banyak peluang untuk kembali kepadanya. sesungguhnya kita hidup dan mati hanya sekali didunia ini dan tak dapat menundurkan semuanya jika kita telah terlambat. waulalhualam. sahabatmu, rakanku.
amboi tersusunnya ayat dia..
ReplyDeleteMacam prosa moden
ReplyDelete